Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Masa ni, kita rasa senyuman tu lah yang paling manis kita penah jumpa.. Kita terleka..Tu lah tempat konon2nya kita nak letakkan harapan.. Semangat untuk teruskan hidup..Kalau yang masih belajar, mesti terfikir nak jadikan dia sebagai pembakar semangat. Tapi, akhirnya hati yang terbakar...Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Tu lah dunia khayalan yang kita ciptakan sendiri. Lumrah manusia untuk merasai kasih sayang sesama insan. Kadang2, ada yang terbabas.. Terlupa kita pada Hari Akhirat.. Usia kita yang singkat ni jarang sekali kita ingat. Tapi, panjangnya jalan cerita suatu novel, kita mst ingt..Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Alhamdulillah... Sedar akhirnya.. Mana2 manusia yang masih punyai iman yang teguh, pastinya simpan impian tu. Cinta pada Allah lebih sempurna berbanding cinta manusia yang pasti mati akhirnya..Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Memang susah untuk kita bernafas sebagai seorang hamba.. Lagi2, nak menghalang diri dari lakukan sesuatu kemungkaran. Kerana kelekaan kita, bertimbun2 dosa kita dapat.Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Semoga kita mampu menghalang diri dari melakukan maksiat. Doakan semoga pengorbanan kita itu mendapat balasan yang baik..Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Agungnya cinta terhadap Allah sehingga rela bersendirian tanpa teman daripada sepi dari kasih sayang Allah.Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
p/s: Ya Allah.. Kau ampunilah dosa2 ku.. Dosa kedua ibu bapa ku.. Dosa sahabat handai ku.. Selamatkan mereka dari segala kemungkaran. Bekalkan kami dengan hati yang mulia sebagai bekal untuk menghadapi-Mu...
Meh same2 doa..



















